Peribadi

beri aku jawapan

terlalu lama untuk aku mengerti sekarang
setelah hampir semuanya berakhir selepas bermula
cukup terlalu lama untuk aku memahami
terlalu lama untuk aku telan

kaki yang tempang tetap lagi berjalan tanpa rasa mau henti
tangan masih melambai
aku masih lagi mengharap kau menoleh dan tolong beri aku jawapan
jangan biar diam dan buat bagai tiada apa berlaku

aku tahu kau tahu
kau tahu aku tahu

bilang semua ini mimpi
bilang ini cuma khayalan minda

No comments:

Post a Comment