Peribadi

salah siapa

tidak aku menjadi gadis bisu seribu bahasa.
yang kelak ditindas.
tidak aku menangis.tidak lagi.
menjaga hati bermakna hati aku disakiti.
tidak sekali ini.

masih lagi kaki ini melangkah.
walau lutut goyah.

masih lagi aku tegak berdiri.
meski hatiku lemah.

aku jua akan dipersalahkan jika semua ini aku tinggalkan.
mereka memandang, rasa benci membuak.
mengapa hanya aku.
tanya pada mereka,apa kata mereka,apa pandangan mereka.

kenapa hanya aku sering kali dipersalah.

kenapa tidak kau tanya pada mereka.
apa salah mereka.
apa mereka telah lakukan.

aku begini?barangkali bersebab bukan.

kau biar aku ditindas.
sedang kau hanya berdiri diatas menoca aku berkali.
kau biar aku mengaku salahku,meski ia bukan.
sedang kau bergelak tawa keriangan.
kau biar aku menangisi kesepian hidup aku.
sedang kau menoleh berlalu pergi.

mereka tahukah hatiku.
mereka sedarkah tangisku.

aku diperlaku,bukan mereka.
aku dihina,bukan mereka

wajarkah aku menangis lagi.
kawan,itu aku.
sahabat,itu aku.

aku menangis disini.
perlukah aku meraung disana.

terpaksa aku lemparkan senyuman.
yang pasti bukan dari hati,tidak dipapar dimata.
jiwa,sayang.
hati,sayang.
sakit,pastinya sakit aku telan.

aku mahu lantangkan suara.
dari anak tekak terus ke lidah.
agar kau mengerti maksudku.
tapi,kau.
salahi,kataku manis.
merancang kata.bukan!

aku sakit lagi.sekali lagi ini.
aku terpaksa telan,aku biar.
aku sayang,kau.

hati tidak mampu diberi.
bukan mudah,cinta.
sesiapa pun bisa,katanya.
tidak,cinta.
jika kau tidak merasai,kau tidak mampu memberi.

No comments:

Post a Comment