Peribadi

sama selalu,tiada berubah

dan bagi seorang gadis.kesunyian terlalu indah untuk dialami.berkata dalam sepi menjadi satu lumrah melangkah lebih berani menghadap ufuk kencang.

berdiri,berdiri
masih lagi tegak selalu
tocangan dawai mengikat kepala atas
senantiasa begitu

kau tusuk keras
sakitnya dalaman
luarku lelaki
batinnya perempuan

masih lagi perit seperti dulu,selalu

acap kali ku cuba
masih lagi terasa

selalu,dulu

hari2 tak mungkin lagi sama

hari hujan dibias pelangi indah
awan kandung berat masih lagi bergerak
tanda tanda tak lagi kelihatan

utara,selatan mungkin
barat,timur tak mungkin

lelah melangkah,berhenti tegak menabik kelangit
mata bersepetan menahan cahya
keringat tak lagi mengalir

mati
mati disitu
mati

masih wujud tikaman belakang dari kau

apa saja sudah aku lakukan
mahu saja aku benam muka ini dalam lumpur
conteng arang hitam dimuka
sesak bernafas dalam air

mati,biar hilang rasa bermuram durja

sudah aku cuba redakan relung dalam hati
mana mungkin hilang tanpa jejak
kau biar waktu membunuhku
sampai saat kau bawa dakapan tubuh kembali

hujan masih lagi lebat
dah kau lupakan
aku berpayung embun
kau taburkan bunga mawar

lupakan?
lupakan semalam?

mahu dikata kejam,rupanya kau mahu lagi dayus

dungu
dungu
cerita semalam,kau biar aku sendiri
hari ini kau bersakitan bukan?
itu dia

idealogi sahabat bermandikan kata kesat sesat
tikam aku,bermandikan sampah darah dari belakang
kau bergelak hebat,sedang diatas hanya Dia tahu

esok yang tak mungkin

esok bisa kau bermandikan kata
lusa juga mungkin
tapi ini hari aku berlumpurkan perit munyucuk kulit

kata kata sakti kesakitan dahpun kau bias
aku yang merasa,terasa

aku ingat perihal kelmarin,dan aku tidak bisa lupakan

sampai hilang rasa,aku diam sepi tanpa bicara
takut mungkin
kau merasa,terasa

dahulu

hilang sebelum kau punah

malam malam sepi
mimpi mimpi buruk
terjaga jaga lelah

lesap

berbanding kelmarin
indah bisa ditunjing

mengongong hatikosong
dikorek lalu dihenyak henyak

lihat lihat basah
embun malam berjatuhan
hilang kelip diganti sepi
mata tertutup layu

itu cerita dulu

malam sudahkian melayut
gundah masih lagi gundah
hitam hitam
kelip kelip
masih lagi seperti dahulu

tikasaat kau jatuh dibahu
dengan basah dipipi
kau tahu aku sayu?

rasa mahu saja aku beredar
tanpa toleh kau dibelakang

takut,kau terlihatkan mataku yang basah

mahu saja saat itu,aku lempar sejuta bahasa
berbahas
itu dulu,dan ini sekarang
berubah,cukup berubah

aku bingung perasaan ini.

deringan dan suara kembali

telefon,bunyi bunyi
*halo
*halo
diam sebentar
dengar sambilan dibawa terus ke otak

sunyi, sepi, hilang
dan aku menangis

kau biar aku termangu kesepian