Peribadi

sundal hati

jauh sudah rasanya aku merantau dalam ranjau ini
kala badanku lesu,tidak lagi aku bermaya melangkah
masih lagi fikiranku tersimpan seribu satu persoalan semalam

tiada jawapan
lidah kelu membeku

ahhh hidup terlalu singkat
ujian kehidupan yang dibuat makin bertambah
lemah aku begini~

aku rindu saat kecil itu dulu
saat aku duduk diatas hayunan,angin hidupi paruku
aku rindu sama anginnya
gemersik daun bergeseran kedengaran dilorong cuping
pandangan mata tidak berubah pada paksinya
nyanyian sang kecil
buat aku rasa geli hati mengikutinya seiring

sudah lama rasanya aku gelap disini
terceruk sebalik konkrit
lupakan segalanya~

semalaman aku tidak lena,keluh kanan kiri,mata pada atasnya
berfikir,fikir dan terus berfikir
mana mahuku?
mana hidupku?
mana diriku?

atau sangupkah aku menjadi orang lain,lain dari yang lain,orang bilang ini dan aku turut saja
inikah hidup?
menjadi kuli batak,turut saja kemahuan.aku bukan hambamu!

perlukah aku menurut memberi sekadar mengisi kebahagian hatimu?

ini dia sahabat,bahagia,kau mahu bukan,kau tidak mampu menahan ertinya hidup,kau lelah

sahabat,
perit,aku tahu
sakit,aku tahu

hukum alam tiada yang dapat mengubah,kala kakiku lumpuh kelemahan
bangkit lah
kau terus kehadapan,aku hanya tembok yang menghalang kau dari jatuh kesakitan

sakit itu hidup
selagi hatimu,badanmu rasa sakit,selagi itulah kau masih hidup
biarkan ia sakit,kau teruslah bernafas

bangun,berdiri,pandang hadapan
biarkan semangatmu membara
kejarlah langkah itu

kejar dan terus berlari hingga kau berjaya menyentuh tali itu.

No comments:

Post a Comment