Peribadi

hilang

sudah terlalu lama rasanya tangan ini tidak memegang pen dan menulis karya karya indah berbahasa manakan tidak kemajuan iT sudah terlampau maju.tangan ini juga sudah berzaman melupakan bagaimana harus aku memulakan lukisan berawankan hitam putih.ahh aku lupa,lupa pada hidupku terdahulu.aku seorang insan lemah yang hidup berasaskan seni sudah terpesong jauh dari jalanku.mahukah aku biarkan ia berlalu?maaf drawing blog dan kertas bergaris satu aku telah melupakanmu.telah aku biarkan kemajuan melupakanmu.


telah aku mulakan hariku dengan memegang komik berian kekasih.satu demi satu perkataan mataku menjamah.setiap inci lukisan nya aku perhatikan.aku rindu dan terlampau rindu pada lukisanku.seingat tangan ku menghayun penuh lembut menhasilkan lukisan indah dan fikiran yang melayang diudara mencurahkan idea segala intonasi aku lemparkan hanya dikertas putih bermandikan dakwat hitam.lama sudah aku rasakan tangan ku kini telah lupakan silamnya.ya lama.telah lama.amat lama.berzaman lama nya.idola juga telah aku lupakan.


mahu aku menjadi insan seni terkemuka namun kesedaran membuka mataku.aku tidak mampu.sedikit demi sedikit jariku digerakkan.halusnya indahnya asyiknya pandanganku pada lukisan.teliti sungguh pada halusnya.andai aku bisa lahirkan sebegitu tidak perlu lagi aku berangan.lalu aku pegangkan pensel berdakwat hitam pekat berserta kertas putih berlempar.hayunan demi hayunan dilakukan.AAHHHH!!! tidak.mengapa ya tuhan mengapa?aku sudah tidak mampu melakukannya.aku telah melupakan kehalusannya keseniannya keindahannya.aku leka ditelan zaman.aku leka dijamah kemajuan.kini aku tidak mampu lagi
tuhan.aku tidak mampu melukis seindah sehalus dahulu.

2 comments: